Wednesday, October 5, 2016

Cucur Ayam

Assalamualaikum dan hye!

Petang-petang macam ni mesti lapar tak tahu nak makan apa kan? Sambil-sambil lepak tengok tv tu, kalau dapat makan benda-benda simple tapi mengenyangkan pun best jugak. Yedak?

Kerana aku adalah seorang yang sangat memahami korang-korang semua ni, maka sinilah aku share satu resepi cucoq yang sangat sedap dan senang nak buat. Ihiks! Kalau spesis yang rajin tenggelam timbul macam aku ni, sesuai sangatlah cuba resepi ni. Serius, sedap sangat kalau makan time panas panas. 

So, here we go!


Bahan-bahan :

Isi ayam. (Aku guna daging burger sebab benda tu yang paling senang nak dapat dekat kedai)
Cabai besar
Daun sup
Bawang besar
Tepung gandum (Resepi asal tak ada, tapi aku sengaja bubuh untuk kurangkan penggunaan daging burger. Kedekut! Hahahaha. :p)
Telur sebijik 
Lada hitam dan garam secukupnya

Cara-cara : 

1. Hancurkan daging burger.
2. Lepastu, potong dadu cabai besar dengan bawang besar. Dan hiris halus daun sup.
3. Gaul semua sekali bahan termasuklah garam, lada hitam, tepung dan telur. 
4. Bubuh air sikit-sikit kalau keras sangat. Jangan terlalu cair. Kalau kenyal-kenyal tu sedang molek sangat dah. 
5. Panaskan minyak. Api jangan kuat sangat takut masak terkejut. Masak sampai warna dia keperang-perangan. Siap! 

Senang kan? Sekelip mata je boleh siap. Tak sempat nak berpeluh ketiak. Hahahaha! 

Bye.